Abdul Rahman Bin Rafi’e
Kembali ke rahmatullah pada 7 February 2010
Kira-kira pada pukul 9.30 pm ( Waktu Malaysia)
Asbab Kematian: Cardiomyopaty
Sebab utama kematian: Allah tetapkan ajalnya.
Umur:84 tahun

Allah, sesungguhnya segala apa ada di muka bumi ini adalah hak engkau. Apa jua ada di muka bumi ini jika engkau mahu, engkau boleh ambil bila masa yang engkau kehendaki. Dan engkau pada hari ini telah mengambil pinjaman yang engkau berikan padaku, atok ayahku. :( Aku tidak meratap atau menyalahkan engkau ya Allah untuk mengambil atokku. Malah, aku meredhai pemergiannya.

Aku hanya manusia, dan aku rasa terkilan dan amat sedih dengan pemergian atukku. :( Siapa yang tak sedey? Allah mencuit hati ku dengan dugaan ini, dan esok adalah hari exam final Biology. Allah, sesungguhnya tarbiyah engkau yang terbaik, dan engkau telah menetapkan sesuatu dengan terbaik. Aku redha walaupun ketika aku sendiri tidak stabil :(

Atuk, Farah nak mintak maaf atas setiap salah silap farah dari kecik lg sampai sekarang. Farah mintak maaf sebab farah tak dapat temankan atok. Atuk, terima kasih atas setiap kasih sayang yang atuk curahkan, melimpah ruah. Terimakasi atok untuk setiap doa atok pada Farah. Dan kali ni, farah perlu doakan atok lebih lagi.

Atuk ingat tak, Farah ade janji, bile Farah da jadi doctor nnt, Farah nak bawak atok tinggal dengan Farah, so Farah boleh rawat atok, boleh jage Atok. Tp, Allah lagi sayang atok dan Farah mintak maaf Farah tak dpt nak tunaikan janji Farah pada atok.

Atok, Farah mintak maaf sebab farah tak dapat blk lama kat kampung hari tu. 2 minggu je dapat temankan atok. Walaupun atok tidur je, tapi, kehadiran atok kat kampung cukup buat suasana indah. Allah lagi sayangkan atok. Farah redha.

InsyaAllah, atok, kite jumpa kat syurga nanti.

FARAH SAYANG ATOK.

Farah tau farah tak sempat cakap personally dengan atok yang farah sayang atok. Tp Farah betul2 sayangkan atok. :(

*Alfatihah*

Tazkirah maut, dan tarbiyah engkau yang terbaik ya Allah :( aku redha.

Setiap kali saya tnye kawan-kawan, sume kata cerita avatar ni best. Especially kalau tengok guna 3D. :) Tp saya tengok online, cerita tanpa 3D pun da rasa best gila.

Mungkin ramai tak sedar tgk cerita Avatar ni sebenarnya membawa msg besar dalam kehidupan sekarang. Kalau kita tgk dunia sekarang, terlalu banyak peperangan berlaku. Manusia yang tiada kuasa veto hanya mampu menjerit kecil suruh peperangan berhenti. Akan tetapi, kuasa veto akan bertindak cara kuasa veto bertindak. Tak menghiraukan masyarakat dunia, walau 2 juta, 3 juta atau 30 juta manusia sekali pun yang menentang tindakan kuasa orang berkuasa tersebut, mereka tetap bertindak dengan cara mereka.

Part dalam cerita avatar ni ada menyentuh isu tersebut. SECARA IMPLICIT. Orang berkuasa veto (The Sky People) men’doktrin’kan askar-askarnya supaya membunuh masyarakat yang tak bersalah ini (Na’vi) , TANPA rasa bersalah, malah PENUH rasa kemegahan. Klimaks cerita ini pada peperangan yang berlaku antara The Sky People ( saya tak ingat apa nama dia) dan orang Na’vi. Pada asalnya, The Sky People ni, hanya nak menyerang Na’vi kerana batu berlian yang 1kg berharga 20 million, tapi berakhir dengan peperangan yang dasyat. Peperangan yang mana Na’vi sendiri tidak tahu apa puncanya kerana apa diaorang tahu, dieorang tak buat apa-apa pon. Apa yang mereka tahu, tempat mereka hendak dihancurkan sedangkan mereka tidak pernah sesekalipun menyerang The Sky People ni.

The Sky People melancarkan serangan yang pertama, dan telah menghancurkan hampir separuh tempat tinggal masyarakat Na’vi, membuatkan masyarakat Na’vi hanya dapat tinggal kat kawasan kecil sahaja. Satu-satu tempat perlindungan yang mereka percaya sebagai tempat perlindungan oleh ‘Tuhan’ mereka the ‘Ewa. Kemudian, semangat orang Na’vi menjadi bertambah kuat, bila ada salah seorang (Jack) dari mereka ( which is not really one of them) yang semangat nak menentang the sky people. Dan Jack mengumpul semua clan-clan orang Na’vi ni, men’tarbiyah’ mereka dengan menaikkan semangat clan-clan lain. Mereka bersatu untuk menentang The Sky People ni.

Sehari sebelum The Na’vi people berperang, ketua perang ( Jack) berdoa kepada The ‘Ewa untuk membantu mereka dalam peperangan kali ni. Dia benar-benar berharap yang akan menang perang ni kerana nak menjaga kaum Na’vi nya. Logiknya, peperangan berbekalkan anak panah dan bom missle ( betul ke eje?), sure la yang ada bom, senapang berpandu dan sebagainya menang kan? Betul tak? Logik la kan?

Separuh awal The Na’vi berperang dengan The Sky People, ramai antara mereka tertewas kerana di serang dengan bom dan sebagainya. Tp saat-saat akhir, The ‘Ewa memberikan bantuan dengan menyerang menggunakan segala creature yang ada di tempat tu menentang dengan the Na’vi people dan akhirnya The NA’vi people menang. Yeay. Oh lala~ :)

Can you see the relation towards what’s happening at Palestine now?

Bila semua umat islam berSATU, di tarbiyahkan dengan baik tentang kepentingan menyelamatkan darah sesama muslim, tentang kepentingan bersaudara kerana pemahaman aqidah yang sama dan memahami setiap inci kepentingan tentang islam, dan yang pentingnya, kita bertawakal kepada Allah dan berdoa sepenuhnya kepadanya, tentu saja kita boleh menang. WALAUPUN KITA HANYA DIBEKALKAN DENGAN BATU SEKALIPUN!. Kerana, senjata orang muslim yang terbaik adalah DOA.

P.S: Tanggungjawab kita pada saudara kita, adakah da selesai?

Jawab sendiri la ye.

Tapi hanya Islam, bukan islam. Na’uzubillah hi min zalik. Moga Allah tunjukkan jalan terbaik untuk semua :) insyaAllah

Nabi Muhammad S.A.W mengingatkan kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Tertikam diri sendiri. :)

Kadang-kadang, dalam kehidupan kite selalu lupa nak menjadi orang yang bersyukur. Kita acapkali meminta kepada Allah. Meminta tak berhenti. Pernahkah kita terfikir, apa kita berikan untuk Allah?

Kita minta pada Allah yang MAHA memberi rezeki, supaya kita tak putus rezeki dan kebuluran. Allah mencurahkan rezeki kita seluasnya, dan memberi nikmat tanpa putus, kerana itu yang kita mahukan. HambaNya yang mahukan. End up, kita menggunakan rezeki tu untuk membeli pakaian anak-anak yang kurang kain. End up, kita menggunakan rezeki ke jalan tidak patut. End up, niat nak menginfakkan duit, tidak pula diinfak. Pernahkah kita terfikir untuk jadi bersyukur?

Kita minta pada Allah yang MAHA pemurah, supaya mengurniakan kita keputusan peperiksaan yang baik, dan tidak gagal. Kerana kita hamba, dan hamba perlu meminta pada tuannya ( Allah). Dan bila Allah telah memberikan sesuatu yang kita mahukan, end up, kita lupa pada Allah, terus bermaraton movie, terus bergossip tanpa henti, terus bermain game sampai tidak peduli apa kita perlu buat. Pernahkah kita terfikir untuk jadi bersyukur?

Kita minta pada Allah yang MAHA pemberi, memberikan nikmat yang kita ada dan minta pada Allah supaya terus berkekalan. Supaya tidak diberikan beban. kerana kita hamba, dan Allah sajalah yang mampu memberikan kepada kita. Dan bila Allah menarik sedikit nikmat kita dengan memberikan kita kesakitan, kita terus melenting, kerana kesakitan membuatkan semua perkara tergendala. Pernahkah kita terfikir, semasa kita ada nikmat kelapangan, dan kesihatan, adakah kita melakukan perkara-perkara sepatutnya? Pernahkah kita terfikir untuk jadi orang bersyukur.

Video ini telah membuatkan saya menangis. Anda bagaimana?

P.S: Mari kita sama-sama berdoa, supaya menjadi orang yang bersyukur.

Bismillahirrahmanirahim

Tak cukup masa nak tulis, tp nak share these pictures. Tgk dan komen :)


* Klik untuk paparan lebih jelas


* Klik untuk paparan lebih jelas


* Klik untuk paparan lebih jelas

* Klik untuk paparan lebih jelas

* Klik untuk paparan lebih jelas

Apa anda telah buat? Buat bodoh je?

Satu gelaran yang semua manusia hendak elakkan. Gelaran yang nampak JIJIK dan HINA di mata manusia. Sedangkan, gelaran itulah yang perlu di kejar.

Huh? Biar betul, takkan kene AIM gelaran HAMBA?
Ohmigod, Hamba, i lg prefer title Doctor ok.
Jadi pekerja kilang lg better dari title Hamba, macam Maid tanpa gaji plak nak samekan title aku.

Tu lah gerakan hati yang dapat selepas dapat kenyataan dua baris kat atas tadi. Namun, sedarkah kita selama ini, setiap kali kalau kita tanya

Siapa kau?
Aku lah, hamba Allah..

dan setiap kali kita tanya, apa hubungan kita dengan Allah, pasti semua orang boleh jawab, aku Hamba Allah. Penuh yakin tanpa berfikir apa yang di katakannya.

tanpa kita sedar, sebenarnya, setiap kali kita kata kita hamba Allah, kita sebenarnya seolah-olah menipu pada diri sendiri setiap kali kita kata kita hamba Allah.

Sedarkah kita, apa sebenarnya perilaku hamba kepada tuannya? Adakah kita telah buat pada ‘tuan’ kita? Rasulullah telah dapat title agong iaitu title hamba itu. Kerana Rasulullah telah di tarbiyah olehNya sejak kecil lagi. Pelbagai ujian yang membuatkan Rasulullah membina dirinya dan kebergantungan hanya pada Allah 100 peratus.

Kita? Kalau tidak ada duit dalam bank, mulalah, kelam kelibut, rasa lemah tak terdaya, rasa sempit hidup. Serabutlah dan macam-macam lagi. Mana kebergantungan kita pada Allah saat-saat itu? Adakah kebergantunga hidup di dunia ini hanya untuk allah atau masih ada kebergantungan pada materi-materi (Perkataan bawah pengaruh banyak tgk cite indon :P ).

Mmg lah, kalau ikut akal manusia, tak logik la kalau nak doa tu, kita mintak allah, bagi lah aku duit, jadi Allah bagi kan. Tp, Allah ada cara dia untuk memberi kita bantuan melalui orang-orang lain sekeiling kita.

Jadi mari kita sama-sama berusaha mencari title Hamba seperti Rasulullah, dan berjuang dan berkorban cara dia berjuang dan bekorban.

V Nice.

Bermulalah kisah perjalanan sang musafir ke negeri-negeri lain. Doakan perjalanan kami selamat. :D
Selamat tidur laptop.

Islam menitik beratkan apa yang umatnya perkatakan. Menitik beratkan setiap butir yang di perkatakan. Sedar atau tidak, apa kita lafazkan dikira di akhirat kelak, samada lafaz itu baik, jahat, menyakitkan hati orang, menyatukan dua hati, dan apa-apa la lagi.

Allah sangat menekankan lafaz sehinggakan untuk seseorang masuk kedalam Islam, mengislamkan diri, dan menyucikan diri dari kejahilan, adalah dengan lafaz syahadah. Hanya dengan lafaz ini boleh menentukan seseorang islam atau tidak. Dan lucut sahaja lafaz ini dapat menyebabkan seseorang muslim itu murtad dan boleh dijatuhkan hukuman berat malah dapat kemurkaan Allah.

Fitnah juga antara lafaz yang boleh membawa kita menghampiri neraka. Sedar atau tidak, jika kita berkata sesuatu yang tidak wujud dan ia boleh menimbulkan fitnah? Nak ditambah pula zaman sekarang zaman fitnah. Fitnah ada di mana-mana, dan tidak kira pada siapa pun. Malah fitnah itu jugalah digunakan untuk mengaibkan orang dan mengaut keuntungan duit sekalian dengan ‘keuntungan’ dosa besar.

Ada hadis tentang fitnah yang berbunyi:
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Huraian

  1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.
  2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.
  3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.
  4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.

Indah juga lafaz ini kerana dengan satu lafaz dapat menyatukan dua hati ke jalan Allah, dapat menghalalkan apa yang haram dan dapat merobohkan benteng antara lelaki dan perempuan. Lafaz akad nikah. Betapa Allah membantu mengangkat martabat wanita, dengan cara perkahwinan ini. Tiada lelaki dapat melihat rambut, tubuh seseorang wanita itu melaikan suaminya. Tiada lelaki dapat menyentuh seseorang wanita itu melainkan suaminya.

Betapa indahnya lagi jika hendak di perkatakan bahawa dengan lafaz ini, membuatkan kita berada di fasa baru dalam kehidupan. :)

Subhanallah, sungguh Allah menciptakan segala sesuatu dengan terbaik :)

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Hanya kerana satu lafaz.

p.s: Saya nak post lagu, tapi tak jumpa. Tapi ini lirik dia.

Barakallahu lakuma: Maher Zain

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Do’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Do’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let’s raise our hands and make Do’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Bismillahirrahmanirrahim

Ye aku yakin dengan kata-kata tu. Benar setiap hati manusia Allah pegang dan benar setiap hati manusia boleh berubah dengan sekelip mata. Tapi aku yakin setiap manusia perlu tahu yang manusia lain juga ada hati dan perasaan.

Allah tahu kenapa Dia sentiasa menguji aku dengan orang-orang yang hatinya sangat susah aku dekati. Allah tahu kenapa Dia menguji aku dengan orang yang kuat marah, orang kuat merengek, orang yang agak tidak senang untuk didekati, orang yang susah hendak terima usul, orang yang tak geti hormat orang lain, orang yang tidak tahu berkata dengan nada elok, orang yang hiprokit, orang yang pandai berkata-kata tetapi tak ada makna, dan sebagainya.

Yang aku sedar, Allah menguji aku dengan orang-orang sebegini adalah untuk meningkatkan kesabaranku. Aku sedar, aku sendiri ada angin aku, aku sendiri ada panas baran aku, tapi aku cuba mengawalnya dengan tidak memarahi orang marah aku, tidak menjauhi orang yang aku tidak senang duduk bersama, menegur orang hipokrit dan tidak tahu hormat orang lain dan sebagainya.

Aku tahu, aku sendiri manusia ada batas tersendiri, dan aku sedar aku juga ada lakukan kesalahan. Aku minta maaf andai aku yang kau rasakan menjadi punca kesalahan-kesalahan tersebut sehinggakan kau tidak cakap dengan baiknya dengan aku.

siapa makan cili, pasti akan terasa pedasnya.

Aku bukan hendak membangkitkan isu pergaduhan atau isu apa-apa pun. Cuma aku juga manusia seperti engkau. Aku ada hati seperti engkau. Aku juga buat kesalahan seperti engkau. Apa bezanya sampai kau tiba-tiba ada hak untuk berkata dengan aku sebegitu. :) Tapi aku telan. :)

Terima kasih atas semuanya.

Kau perlu jadi sedikit rasional. Bukan hati kau sahaja yang SATU DUNIA perlu kesah. Kau juga perlu kesah orang lain.

Aku hanya insan yang cuba mendekati hati orang lain, agar hati kita sama-sama lemas dalam cintaNya. Tapi, jika engkau macam ni, hanya kerana satu kesalahan aku buat kau da mengelak dari lemas dalam cintaNya, aku tidak mampu melakukan apa-apa melainkan,

Doaku untuk mu, agar Allah lembutkan hati kalian yang aku sebutkan di atas. :)
Doaku untukmu, agar Allah tautkan hati-hati kita menjadi satu yang mencari redhaNya,
Doaku untukku, agar Allah lembutkan hati aku, supaya aku dapat kawal kemarahan aku sendiri.

Aku sayang engkau, KERANA ALLAH. Cuma engkau tidak tahu.

xx
Farah.